05 August 2011

Mana-mana pun ada krisis

Salam Jumaat..

Hari ni masuk hari ke-5 puasa.. Cakap pasal puasa baru teringat yang aku start blogging time bulan puasa. Dan puasa kali ni baru lah aku rasa balik berpuasa kat kampung atau rumah aku lepas 5 tahun puasa kat tempat orang. Lain betul feeling dia. Haha..

Pada sapa-sapa yang tengah hitung hari untuk abis study sekarang ni atau ada yang puasa kat tempat orang, korang sabar je lah. Setahun, 2 tahun tak lama tu. Believe me.. Pejam celik-pejam celik memang tak rasa punya lah. Nanti sure korang akan rindu ngan kengkawan time study. Wahhh rindu sehhh kat budak-budak kelas ngan hostel.. *ok lari tajuk sekejap*


Ermmmmmm... Fuh..!! *keluhan berat* Sekarang ni suma tahu heboh pasal TVC puasa 8TV yang Media Prima dah clearkan semua video tu di YouTube. Dah takda dah iklan tu kat 8TV. Cari kat youtube memang takda. Unless kalau ada negara lain yang cover pasal isu ni. Mungkin ada kat video yang diorang upload kat YouTube. Sebelum isu ni timbul pun, ada jugak la beberapa isu yang related pasal benda-benda ni jugak timbul.

Apa yang boleh kita tengok, krisis politik dan perkauman kat Malaysia sekarang makin menjadi-jadi. Banyak faktor la aku rasa benda ni boleh jadi. Tapi mungkin juga sebab kita ni overly sensitive. Mungkin... Benda yang sebenarnya tak adalah apa sangat pun boleh jadi isu yang dibesar-besarkan. Sebabbbb apa?? Sebab banyak pengulas.. Ok, STOP!! Aku malas nak ulas lebih-lebih.. Dah semua dah jadi sensitif sekarang ni, benda apa pun tak boleh nak citer open sangat kan...


Jadi nak lari kejap dari semua benda yang memenatkan otak ni, mari dengar benda ni. *Tak jumpa embed code dia* Klik Ludovica Einaudi. This sound is breathtaking..



Ludovica Einaudi, seorang pemain piano Itali. Banyak-banyak muzik dia aku paling suka dengar Melodi TV3 Melodia Africana. Melodia Africana ni banyak series. Ada Melodia Africana I, II, III dan IV. Tak tau la pulak aku kalau ada yang ke-5, 6, 7....

Sebab muzik dia ni ada kaitan dengan Afrika dah nama tajuk tu pun Africana. Macam muzik yang dia compose tu memang dedicate melodi ni untuk orang-orang Afrika. Aku rasa kalau orang-orang Afrika yang tengah susah dengan krisis kebuluran kat sana dengar lagu ni aku rasa hilang beban emosi dorang sekejap.

Mogadishu, Somalia salah satu kawasan menghadapi krisis kebuluran dan kemarau yang teruk di benua Afrika. Sampai berebut-rebut mintak air ngan makanan dan sekarang ni orang-orang kat sana betul-betul memerlukan bantuan makanan.

Setengah juta kanak-kanak di sana berisiko mati akibat kekurangan zat makanan dan macam-macam lagi penyakit seperti diarea.

Kem pelarian

Kering kontang

Boleh baca Kebuluran di Afrika. Sumber: CNN.

Sebab-sebab kebuluran ni ada yang macam putus harapan dan melarikan diri dari Somalia pegi ke Kenya. Sebab itu la adanya kem-kem pelarian dekat sana yang kebanyakan pelariannya adalah dari Somalia.

Bagi Muslim dari Somalia yang jadi pelarian ni, diorang memang tak cukup makanan untuk berbuka puasa. Aku ulang tak cukup atau hampir-hampir tak ada makanan langsung.. Kita kat Malaysia ni terlebih-lebih makanan sampai telebih makan. Sampai ada sisa makanan yang tak abis maka tong sampah yang makan. Kau cakap sikit kalau duduk kat Malaysia pun kau tak tau nak besyukur. Kau bayangkan la macam mana dorang still boleh puasa lagi.. Bole baca Pelarian Somalia. Buat malu la Muslim kat Malaysia yang saja-saja tak puasa. Booo...

Kalau nak cakap dekat Somalia ni teruk sangat tak da la jugak. Sebab dekat sana dorang ada tempat belajar macam Somali National University dan ada kemudahan lain macam ada airlines sendiri which is Jubba Airways dan diorang pun ada keretapi. Ada jugak supermodel dari Somalia yang appear in Vogue, 1979. Jadi nak cakap semua rakyat dia kebuluran tak ada la jugak. Still lagi boleh hidup. Cuma some parts di Somalia yang ada krisis kebuluran dan kemarau ni.

Iman, supermodel Somalia. Eksotik tak eksotik muka dia.
Tapi kenapa ada yang boleh hidup senang dan ada jugak yang boleh jadi pelarian yang kebuluran.. Krisis kemarau di sana sangatlah teruk sebab iklim di Mogadishu memang kering. Jadi kalau nak bercucuk tanam pun semua layu. Lembu, kambing, ayam memang tak boleh hidup lah dah rumput pun kering, air pun kering. Kebanyakan bentuk muka bumi di sana adalah gurun dan suhu iklim boleh mencecah 36°C. Perghhh panas tu.. Sekarang suhu kat Malaysia yang kadang-kadang 30°C pun rasa panasnya ya Allah... Inikan lagi lebih dari itu kan.

Isu rasuah, pergolakan politik dan kacau bilau di Somalia juga tetap ada. Sama macam dekat Malaysia tapi kita tak adalah sampai kacau bilau. Jadi sebab itu lah ekonomi negara dorang merosot dan krisis kebuluran ni masih belum lagi dapat diatasi. Dan atas sebab itu jugaklah presidennya sebelum ini, Mohamed Siad Barre digulingkan atas sebab-sebab masalah macam ni tak dapat selesai sampailah ke hari ini.

Jadi, rakyat marhaen di Malaysia patut lah renung-renungkan. Fikir jauh-jauh.. Jangan tau duk komplen je. Walaupun aku selalu komplen yang kampung aku ni selalu tak ada air dalam seminggu tu. Hahaha.. Tak tau la sebab apa, orang cuci loji air kot atau repair paip ke aku pun tak sure. Tapi fikir-fikir balik ada lagi yang lagi susah dari ini. *tapi kitorang bayar bil air kottttt* hahahaha..

Nak komplen tak salah tapi cara nak voice out your opinion atau nak komplen apa-apa pun please please have a modesty. Ok Malaysian, jangan tau nak menggila saja. Biar ada courtesy sikit kalau nak communicate.

Maka, let's do our part. Nak-nak dalam bulan Ramadhan ni keberkatannya lebih lagi.

Satu lagi, WAJIB BACA. Mau lagi feeling baca benda ni sila dengar Yiruma. Sorang lagi pianist yang aku suka dengar muzik dia. Aku rasa muzik-muzik macam ni patut lebih diangkat. Aku harap one day aku dapat pegi konsert muzik-muzik macam ni.

Till then.. Have a blessed Ramadhan. Amin...

p/s: kau akan lebih tahu hargai seni muzik bila suka dengar melodi tanpa suara.

No comments: