22 November 2011

Mega Lara


Menyusur jalan
Arah ke lubuk pencarian
Membubut masa
Yang ingatnya ada henti
Padahal tiada habis

Mengisi ruang usia
Berhempas pulas
Mencari kelimpahan
Atas nama kehidupan

Belajar kesulitan
Agar lebih tahu rasa syukur
Inginnya hidup bersadur kemewahan
Tapi seakan masih samar

Yang bertahan
Terus menepis pesimistik
Yang bila singgah
Boleh pincang penghidupan

Pasrah akan anugerah Tuhan
Tapi bukan menyerah
Lalu dicipta mimpi dalam nyata
Buat sembuh perit jerih
Mengharap biar penghujungnya
Ada coret indah...







05 August 2011

Mana-mana pun ada krisis

Salam Jumaat..

Hari ni masuk hari ke-5 puasa.. Cakap pasal puasa baru teringat yang aku start blogging time bulan puasa. Dan puasa kali ni baru lah aku rasa balik berpuasa kat kampung atau rumah aku lepas 5 tahun puasa kat tempat orang. Lain betul feeling dia. Haha..

Pada sapa-sapa yang tengah hitung hari untuk abis study sekarang ni atau ada yang puasa kat tempat orang, korang sabar je lah. Setahun, 2 tahun tak lama tu. Believe me.. Pejam celik-pejam celik memang tak rasa punya lah. Nanti sure korang akan rindu ngan kengkawan time study. Wahhh rindu sehhh kat budak-budak kelas ngan hostel.. *ok lari tajuk sekejap*


Ermmmmmm... Fuh..!! *keluhan berat* Sekarang ni suma tahu heboh pasal TVC puasa 8TV yang Media Prima dah clearkan semua video tu di YouTube. Dah takda dah iklan tu kat 8TV. Cari kat youtube memang takda. Unless kalau ada negara lain yang cover pasal isu ni. Mungkin ada kat video yang diorang upload kat YouTube. Sebelum isu ni timbul pun, ada jugak la beberapa isu yang related pasal benda-benda ni jugak timbul.

Apa yang boleh kita tengok, krisis politik dan perkauman kat Malaysia sekarang makin menjadi-jadi. Banyak faktor la aku rasa benda ni boleh jadi. Tapi mungkin juga sebab kita ni overly sensitive. Mungkin... Benda yang sebenarnya tak adalah apa sangat pun boleh jadi isu yang dibesar-besarkan. Sebabbbb apa?? Sebab banyak pengulas.. Ok, STOP!! Aku malas nak ulas lebih-lebih.. Dah semua dah jadi sensitif sekarang ni, benda apa pun tak boleh nak citer open sangat kan...


Jadi nak lari kejap dari semua benda yang memenatkan otak ni, mari dengar benda ni. *Tak jumpa embed code dia* Klik Ludovica Einaudi. This sound is breathtaking..



Ludovica Einaudi, seorang pemain piano Itali. Banyak-banyak muzik dia aku paling suka dengar Melodi TV3 Melodia Africana. Melodia Africana ni banyak series. Ada Melodia Africana I, II, III dan IV. Tak tau la pulak aku kalau ada yang ke-5, 6, 7....

Sebab muzik dia ni ada kaitan dengan Afrika dah nama tajuk tu pun Africana. Macam muzik yang dia compose tu memang dedicate melodi ni untuk orang-orang Afrika. Aku rasa kalau orang-orang Afrika yang tengah susah dengan krisis kebuluran kat sana dengar lagu ni aku rasa hilang beban emosi dorang sekejap.

Mogadishu, Somalia salah satu kawasan menghadapi krisis kebuluran dan kemarau yang teruk di benua Afrika. Sampai berebut-rebut mintak air ngan makanan dan sekarang ni orang-orang kat sana betul-betul memerlukan bantuan makanan.

Setengah juta kanak-kanak di sana berisiko mati akibat kekurangan zat makanan dan macam-macam lagi penyakit seperti diarea.

Kem pelarian

Kering kontang

Boleh baca Kebuluran di Afrika. Sumber: CNN.

Sebab-sebab kebuluran ni ada yang macam putus harapan dan melarikan diri dari Somalia pegi ke Kenya. Sebab itu la adanya kem-kem pelarian dekat sana yang kebanyakan pelariannya adalah dari Somalia.

Bagi Muslim dari Somalia yang jadi pelarian ni, diorang memang tak cukup makanan untuk berbuka puasa. Aku ulang tak cukup atau hampir-hampir tak ada makanan langsung.. Kita kat Malaysia ni terlebih-lebih makanan sampai telebih makan. Sampai ada sisa makanan yang tak abis maka tong sampah yang makan. Kau cakap sikit kalau duduk kat Malaysia pun kau tak tau nak besyukur. Kau bayangkan la macam mana dorang still boleh puasa lagi.. Bole baca Pelarian Somalia. Buat malu la Muslim kat Malaysia yang saja-saja tak puasa. Booo...

Kalau nak cakap dekat Somalia ni teruk sangat tak da la jugak. Sebab dekat sana dorang ada tempat belajar macam Somali National University dan ada kemudahan lain macam ada airlines sendiri which is Jubba Airways dan diorang pun ada keretapi. Ada jugak supermodel dari Somalia yang appear in Vogue, 1979. Jadi nak cakap semua rakyat dia kebuluran tak ada la jugak. Still lagi boleh hidup. Cuma some parts di Somalia yang ada krisis kebuluran dan kemarau ni.

Iman, supermodel Somalia. Eksotik tak eksotik muka dia.
Tapi kenapa ada yang boleh hidup senang dan ada jugak yang boleh jadi pelarian yang kebuluran.. Krisis kemarau di sana sangatlah teruk sebab iklim di Mogadishu memang kering. Jadi kalau nak bercucuk tanam pun semua layu. Lembu, kambing, ayam memang tak boleh hidup lah dah rumput pun kering, air pun kering. Kebanyakan bentuk muka bumi di sana adalah gurun dan suhu iklim boleh mencecah 36°C. Perghhh panas tu.. Sekarang suhu kat Malaysia yang kadang-kadang 30°C pun rasa panasnya ya Allah... Inikan lagi lebih dari itu kan.

Isu rasuah, pergolakan politik dan kacau bilau di Somalia juga tetap ada. Sama macam dekat Malaysia tapi kita tak adalah sampai kacau bilau. Jadi sebab itu lah ekonomi negara dorang merosot dan krisis kebuluran ni masih belum lagi dapat diatasi. Dan atas sebab itu jugaklah presidennya sebelum ini, Mohamed Siad Barre digulingkan atas sebab-sebab masalah macam ni tak dapat selesai sampailah ke hari ini.

Jadi, rakyat marhaen di Malaysia patut lah renung-renungkan. Fikir jauh-jauh.. Jangan tau duk komplen je. Walaupun aku selalu komplen yang kampung aku ni selalu tak ada air dalam seminggu tu. Hahaha.. Tak tau la sebab apa, orang cuci loji air kot atau repair paip ke aku pun tak sure. Tapi fikir-fikir balik ada lagi yang lagi susah dari ini. *tapi kitorang bayar bil air kottttt* hahahaha..

Nak komplen tak salah tapi cara nak voice out your opinion atau nak komplen apa-apa pun please please have a modesty. Ok Malaysian, jangan tau nak menggila saja. Biar ada courtesy sikit kalau nak communicate.

Maka, let's do our part. Nak-nak dalam bulan Ramadhan ni keberkatannya lebih lagi.

Satu lagi, WAJIB BACA. Mau lagi feeling baca benda ni sila dengar Yiruma. Sorang lagi pianist yang aku suka dengar muzik dia. Aku rasa muzik-muzik macam ni patut lebih diangkat. Aku harap one day aku dapat pegi konsert muzik-muzik macam ni.

Till then.. Have a blessed Ramadhan. Amin...

p/s: kau akan lebih tahu hargai seni muzik bila suka dengar melodi tanpa suara.

03 August 2011

Terkadang, sesuatu yang biasa boleh jadi yang luar biasa bagi yang lain.
 Kau harus cari rahsia dalamnya. Bukan lihat keji padanya.


29 July 2011

Kota Pura

Hari-hari juga sama
Esok entah apa pula
Hari-hari kau tengok rupa
Tapi pandai bosan pula

Ah sungguh tiada tahu rahsia dalamnya
Sungguh...
Letih sudah
Celaru...
Tiada ucap

Harus apa jadinya
Cari jawapan
Bukan tekaan

Ah kau merepek
Jadi harus henti

Ok baiii!!

p/s: Adele - Someone like you

23 July 2011

KRITIKAL kau!!

Perghh lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update blog.. Uh boringnyaa ayat. Asal lama x hapdet blog misti ayat ni keluar. Tukar sikit la kan..

Uhhhhhh, bestnyeeeeeeeeee bercuti... Tak payah pening-pening kepala cari isu nak buat entry baru. Kau terasa ke? Hahahaha.. Tak payah nak terasa sangattt lah.. Tak kewl la emo-emo. Hahaha..

Ah tak payah banyak cakap la blog bersesawang ke berhabuk ke lantak la.. Skrg aku nak cerita ngan bagi tips sikit la pada sesiapa yg nak pegi JOB INTERVIEW. Ni tips cikai-cikai je. Kalau nak ikut silakan.. Kalau tak nak pun tak pe.. Kau mmg tak kisah punya kan. :P



Bulan lepas aku pegi interview untuk 1st job offer aku lepas abis study ni. Gembira, tentulah kan. Sebab kau akan ada harapan tinggi nak dapat job tu lepas interview. Aku dapat interview kat local TV station yang baru.. Tak silap Oktober ni nak on air katanya.. Tapi ak tak pasti la jugak. Nama stesen tu Worldview Broadcasting Channel. Kita tunggu je la kan mcm mana bentuk dia.

Ok here the tips.

1. Prepare

Benda apa-apa pun kena prepare kan. Itu semua orang tahu tapi aku nak mention jugak la dekat sini. Kalau esok pagi kau nak interview, esok pagi jugak la kau nak kemas file atau document kau mmg kelam kabut la gayanya. Lepas tu rasa cam ada je benda kurang nanti. Jadi seeloknya, malam tu siap-siap kan la barang-barang kau. Surat beranak kau, sijil-sijil kau, iron baju, tudung, kasut kau semua la kau cek. Kalau boleh esok pagi tinggal kau nak capai je barang tu semua. Masa pun jimat. Setel!!


2. Bangun awal


Bangun selesai Subuh kau dulu, doa banyak2 semua. Tak payah la kau nak berangan nak tidur 5 menit lepas tu. Dibuatnya kau tertidur sejam lepas tu. Apa kau nak jawab kat diri sendiri. Hahaha.. Mintak jauh la ye dak jadi macam tu..

Dah sah-sah la kena bangun awal kalau interview kau time pagi. Nak-nak time weekdays lagi, lagi awal la kau kena bangun sebab confirm jam keta banyak. Mana nak pegi keja, hantar anak sekolah, pegi meeting bagai la suma. Kalau naik public transport lagi kena bangun awal sebab nak tunggu bas ke teksi atau komuter datang. Makan masa semua tu.. Klu drive pun bangun gak la awal. Klu hari tu hujan jugak confirm jam. Mau sejam dua kau dekat jalan raya tu. So, plan la perjalanan kau.


Dua benda dekat atas ni preparation setelah semuanya kau dah prepare mentally physically bagai. Ilmu penuh di dada tinggal kau nak pegi je jumpa interviewer tu. Tinggal kau tunggu nak petik jawapan apa kau nak hidang kat interviewer.. perghh serammm!! haha..


3. Otak Kritikal


Haaaa dekat sini la aku belajar bila interview hari tu. Memang aku tak expect la soalan dia nak tanya kat aku. Mula-mula biasala dia tanya pasal background kau. Dengan yakin kau pun bercerita pong pang pong pang..

Part ni tolonglah jgn melalut sangat. Cukup la kau bg tau nama, umur, grad dari mana, sebelum ni kau buat apa atau keja apa yg bekaitan dgn company tu. Tak payah ko nak bagi tau adik beradik kau, makanan fevret, lagu fevret, warna fevret apa-apa tentang fevret kau tak payah nak mention langsung. Sekali dia cakap "none of my business" nganga la kau sorang-sorang kat situ.

One thing, always prepare yourself with d current issues. Tak kisah la facts atau opinion kau. Dua-dua ada possibility dia nak tanya. Macam aku hari tu, sekali dia tanya pasal 1Malaysia. Perghhh banyak gila soalan pasal tu. Mau 3 soalan seingat aku la. Dalam hati aku, lepas dia cakap "what do you think about 1Malaysia?" Bosannya soalan ni, boleh aku cakap next question ke. Gila ape.. Memang aku jawab la dengan tak segeniusnya jawapan aku. Haha..

Banyak-banyak soalan kan soalan ini lah yang aku tak expect.. Memang tak expect la. Macam mana la bole tak tefikir pasal benda ni. Jawapan aku memang tak da langsung reflect macam gaya journalist. Haha.. Merepek je aku rasa time tu. Biasala jawapan tak prepare.. ke tak banyak membaca. Haha.. Adoiiiiiii, loser gila rasa time tu..



Lepas soalan current issue maybe dia akan tanya pula pasal experience kau. Macam mana cara kau handle dengan situation atau kritikal problem yg kau pernah experience la. Kritikal lagi.. Dia mungkin akan bagi kau situation then nak tengok macam mana jawapan kau psl soalan tu. It's more to macam mana kau handle problem tu kalau jadi kat kau la. Jadi make sure jawapan kau profesional dan nampak matang. Pandai-pandai lah kau susun silang kata eh ayat kau.

Jadi, to conclude lebih kurang mcm ni la bunyinya.. Interviewer akan bagi soalan yg akan menguji critical thinking kau and macam mana cara kau klu handle any problem. Itu penting tu sebenarnya. Jadi, prepare la apa soalan-soalan yang kau rasa mcm dia akan tnya. Usually soalan tu ada kaitan dengan keja kau apply la.

Dalam kes aku ni, interview tu bukan nak tau sangat kenapa nak keja dekat sini, apa misi, visi company tu. Apa kelemahan atau kelebihan kau untuk kau diambil bekerja di sini. Aku expect soalan-soalan mcm tu la. Sebab aku baca interview tips kat Jobstreet. Hahaha.. Teruk tul.. Jadi this is new thing la bagi aku. Yang penting kena selalu membaca. Bukan baca fesbuk tapi baca benda-benda ilmiah. Haha.. Ala baca blog pun ok ape kan..


4. Ayat

Opps bukan nak suruh kau ayat interviewer tu. Itu dah jadi cerita lain pulak nanti. Biar masuk kat tempat keja tu clean dengan apa-apa cerita yg tak elok. Ok maksud aku dekat sini, walau macam mana hebat pun jawapan kau, tapi yang pasti ayat tu kena susun elok-elok, cantik-cantik. Biar nampak simple tapi padat dan nampak matang. Jawapan hebat tapi ayat putar belit susah interviewer nak paham tak guna jugak.

Macam aku hari tu, ya Allah hilang ayat. Tolonglahhhhhh.. cakap putar belit cam aku sendiri pun dah tak faham apa aku nak sampaikan. Hahaha..

Time dia suh buat standupper tu lagi la tegagap-gagap tegagap-gagap. Ha sampai dua kali aku ulang tuh.. Kau bayangkan tegagap aku macam mana. Tapi kena cepat fikir la isu apa nak come out. Aku bantai je isu. Dia suh buat 'world' issue. Perghh otak memang lembap mencerna la pepagi tu. Kenapa aku tak tefikir world class issue. Yelah dah nama company dia pun terang-terang World kan. Huhu..

Haishhhh memang rasa ralat la. Ah sudahlah malas nak fikir.


5. Redha

Hoooo ini pun masuk dalam tips eh.. Haha.. Bukan ape, ini preparation jugak ni. So macam kes aku ni, last interview tu dia terangkan la apa yang dorang nampak dekat diri aku ni. Dalam hati hampeh je dengan jawapan sendiri. Merepek je banyak kan. *rolling eyes*

Interviewer ckp dorang perlukan someone yg ada experience lagi-lagi company ni baru. So dorang lack of time nak ajar staf-staf baru masuk. Lagi-lagi freshie macam aku kan. Tsk, tsk..
Tapi yg bagusnya dorang ada la bagi advice kat aku ni. Nak-nak freshie kan. Hahah.. Interviewer time tu memang nice la. Naissssss!! hehe.. Aniwei, thanks for d advice though.

Jadi dekat situ mmg ak pun dpt jawapannya. Selain interviewer ckp yg freshie mcm aku ni mmg lack of experience in a way kiranya tak dapat la job tu. Jadi kau cool je. Fikir positif, take d advice and search for other new job.



Lepas kau dah berhempas pulas bangun awal pagi-pagi buta, merempuh jam, merempuh orang dalam komuter, end up jadi macam ni benda last yg kau harus fikir, Redha.. Allah has other plan for you. Jadi teruskan berusaha..

Lepas interview tu, memandangkan bangunan tu dekat Maju Junction Mall aku pun pegi jalan-jalan dekat situ beli popia kenit yg mcm keropok tu. Release tension aku kata. Haha..

Till then..

p/s: planning for other thing..

10 October 2010

Bila ada yang menyesakkan

*monolog seorang aku*

Rasa nak jalan jauh-jauh
Rasa nak drive laju-laju
Rasa nak pegi jauh semahunya
Rasa nak terbang
Rasa mahu menjerit di atap bangunan
Rasa mahu mencoret-coret di kertas polos
Rasa mahu tidur seharian dan bangun dengan hati tenang

Ketenteraman itu ada
Kenapa harus begini?
Kau tidak boleh begini diri..
Harus bertahan..
Bisa bertahan kah kau di sana?
Cuba la bertahan..
Jangan bermimpi

Lewati hari-hari yang sungguh menyesakkan
Sungguh tidak ku suka bekerja huru-hara
Tidak ku suka bila ku bekerja mengejar masa
Cuba untuk tenang tapi tidak mampu
Lemah..
Diri harus kuat

Apapa je la..
Aku sudah penat..
Bila penat jadi malas
Malas mahu fikir
Malas mahu buat kerja
Jadi duduk diam-diam tengok saja
Sungguh rugi!!
Aku tau. Jadi diam kau..
Aku cuba buat kerja sikit pun sudah cukup bagus
Tapi bukan maksud aku bagus
Mahu pengsan kalau bole
Tak payah fikir apa
Otak kosong..
Tapi jangan cakap kosong

Berat langkah ini
Hanya mampu berdoa
AKU INGIN PULANG

p/s: GAGAL bukan bererti KEKALAHAN... *cuba memikir*



01 September 2010

Hati jerih

Tired heart...


Beating so slow...


Heart sing less...



Stay...



Stay~