13 August 2010

RAMADHAN yang ku tunggu

Dulu masa masih kecil bulan puasa adalah momen yg paling seronok ku rasa. Bukan sebab ia adalah bulan RAMADHAN yang penuh barkah tapi sebab bulan puasa akan disusuli dengan hari raya. Naive sungguh.. Seronok nak beraya, buat kuih raya d rumah. Dan paling penting dpt hadiah erkk hadiah ke, duit?? lets consider it as duit raya la.. tp bukan itu yg dikejar. bila dpt puasa penuh perghhhh rasa puas ok. nak nak pegi rumah sdara mara pastu macik pacik atuk nenek tnya;

"tahun ni puasa ka?"

"puasa"

"puasa penuh ka??"

"ya tahun ni saya puasa penuh."

"bagus. kecik-kecik dah puasa penuh. teruskan azam ya supaya boleh berjaya." (ok itu tipu. ayat last skali hanya d tokok tambah untuk menyedapkan perbualan. hahah..)

Masa tu memang kembang kempis la. yaka.. hahah.. ok rasa mcm satu pujian yg puas. best la. ala budak2 kan biasala.. mesti akan ada rasa mcm tu. itu dulu.. masa budak-budak mmg tak fikir sgt dan tak tau sangat pasal kelebihan ya RAMADHAN.

Sekarang ni, masa ini, waktu ini baru aku rasa kebesaran bulan RAMADHAN. sgt berharga.. rasa mcm sangat tenang juga. tak tahu kenapa.. semuanya berganda. amalan berganda.. Jadi bulan RAMADHAN ni memang bulan yg sangat-sangat mulia.

Tahun ni sudah masuk tahun ke-5 aku berpuasa d tempat orang. Ya sejak 2006 aku sudah tidak berpuasa dengan keluarga. tidak berbuka puasa bersama d rumah. Dan hari ini sudah masuk hari ketiga puasa. Alhamdulillah, everything sailing smoothly.. Pg tadi sahur mcm pelesit. Bangun, tgk jam dah 5.45am. OK mcm pelesit bgn buat sahur. Sempat telan 2 keping roti & minum air suam. Ok la tu, sahur org bujang. hehehe.. kenyang jugak. alas perut untuk 13 jam.

Masa sahur pagi td, teringat dkt kampung, tapi dkt tmpat aku sahur awal sbb subuh masuk awal dlm jam 5 dah subuh. so kat rumah biasa akan sahur dalam 4.00 atau 4.30 pagi. Biasanya memang ayah la yg akan bagi bangun isi rumah tu bersahur. Ayah mesti sahur setiap hari. Klu aku dtg malas, hanya teguk air saja.

Dekat kampung aku yang istimewanya, akan ada golongan-golongan muda yang akan buat kerja bagi bangun orang kampung sahur. Yang benda ni amat susah sekarang nak jmpa dkt bandar2 besar. ye la klu buat dkt bandar ni nanti org ckp memekak plak, klu x gila. hahah.. lg pun org dh buat hal masing2. Dan kekangan plg utama ialah SIBUK. Memang tak nye klu org nk buat mcm ni dkt bandar besar.

OK budak-budak lelaki kat kampung aku yang bg tlg bangun sahur ni biasa dorg akan start kegiatan dorg ni dlm 3 pagi. Segala mcm alatan dorg guna. Alatan basic la, botol mineral, baldi & drum. Tah drum dr mana dorg tibai. Yela, ahlil musik kot. Dan part paling spesel dorg ni siap compose lagu sendiri ok. Aku rasa lagu tu dah bertahun2 d guna. Dari zaman abang-abang dorg smpai la sekarang. Dan aku masih ingat lagi sikit part lagu dorg tu. Melodi dia boleh la tahan. Nak tegelak pun ada klu tesedar klu dorg dah keliling kampung time aktiviti 'pembangunan sahur' dorg tu. hahaha..

"Sahur sahur sahur. Sahur sahur sahur.
Ibu-ibu yang sedang tidur.
Silalah bangun terus ke dapur.
Masaklah nasi ikan dan sayur.
Untuk d makan waktu sahur.
Sahur sahur sahur. Sahur sahur sahur."

Ha lebih kurg mcm tu la. Pastu ada satu kes budak-budak ni kena hambat ngan sorg pacik sebab memekak kot. Ntah la mcm-mcm perangai org kan. Mungkin dia rasa budak-budak ni menganggu dia tidur kot. Tu yang dia pegi kejar nak menghambat budak-budak ni. Lepas kes tu timbul plak lirik lain dalam lagu dorg. Sekali dorg sambung mcm ni daaa..

"Kami ini bukanlah syaitan.
Tapi kami pembangun sahur.
Bla bla bla (aku dh lupa)
Sahur sahur sahur. Sahur sahur sahur."

Kelakar betol budak-budak ni. Apapun time sahur kat kampung memang ni la part paling best. Pastu mesti dapur semua rumah kat kampung bernyala. Start la bunyi kelentang kelentung. hahaha..

Itu part sahur. Tak masuk lagi part lain dalam bulan RAMADHAN ni. Tarawih, buat kuih raya. hahah.. Hari ni tak pegi tarawih. Hujan, dan rasa kemalasan. Memang x boleh bawak perangai mcm ni. Dan thn ni x dpt bantu buat kuih raya. Maafkan anakmu ini mader. Sebab nanti raya saya balik hanya menyantap kuih raya yg sudah siap sedia. heheh..

Ok la, takat ni saja aku boleh membebel. Salam RAMDHAN.. Selamat beramal..

Dengarkan, Opick - Bila Waktu Telah Berakhir





2 comments:

dizzy emylia said...

sahur sahur..
dak igt pulak lagu sahur d tanjung batu dlu.. gang c engy yang buat hehe
haih rindu berpuasa d kampung halaman :'(

selamat berpuasa

kunang-kunang said...

hahahaha..
lain kamung lain lagu.
bole suruh dorg buat copyright tu lagu.
ya rindu jugaa..

selamat berpuasa sahabatku :)